WACANA ILMU

seuntai kata pentadbir
PN AZIZAH BT CHE AWANG
GURU BESAR 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada unit ICT SK Taman Kota Jaya atas usaha mereka merealisasikan penerbitan blog MBMMBI ini. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan