Khamis, 1 November 2012

PAPAN UTAMA SKTKJ

Laman blog ini diadakan bertujuan untuk menjadikan internet sebagai medium untuk para guru dan pelajar berkongsi maklumat. Pengkhususan laman blog ini adalah untuk selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Diharapkan, dengan adanya laman blog ini, segala maklumat dan info terkini dapat disalurkan kepada para guru dan pelajar dengan lebih efisien sesuai dengan perkembangan teknologi dan maklumat pada masa ini.Disamping itu juga adalah diharapkan ianya akan dapat mempertingkatkan lagi penguasaan penggunaan ICT dikalangan murid SK Taman Kota Jaya.